Apakah pendirian sebenar ISMA terhadap UMNO?

Posted by isma Sunday, November 1, 2009

Kenapa kamu semua wahai umat ISMA mahu lagi bersekongkol dengan pegawai JPMK yang memang ternyata lagi ebrsuluh terang bahawa mereka semua ini adalah agen UMNO di Mesir ini. Kalau kamu lihat sendiri sahabat sekutu kamu iaitu Prof Jamil, berani sungguh dia menghapuskan sunnah nabi dengan membatalkan program kutub sittah lalu mencemarkan sendiri nama PMRAM. Bukankah matlamat ISMA hendak menaikkan Islam di dunia ini sedangkan diri kamu masih tercalit dengan kotoran UMNO yang menjadi parasit pada persatuan kamu.

Sedih saya melihat ISMA. Dengar cerita kamu semua dikambinghitamkan oleh agen UMNO iaitu JPMK. Disebabkan JPMK tidak diterima dan ditentang oleh sekalian mahasiswa mesir sini maka pihak JPMK telah menggunakan ISMA untuk menarik semula sokongan kepada golongan mahasiswa. Seperti mana ISMA mahukan PERUBATAN begitu juga UMNO mahukan suatu persatuan yang bersih namanya iaitu ISMA untuk melakukan aktiviti lalu menarik sokongan kepada mereka. Walizalik, JPMK sanggup megeluarkan sejulmlah dana besar untuk sebarang program ISMA seperti jaulah ke matruh siwa baru ini. Macam macam kamu boleh melaksanakan program begitu besar sedangkan usia persatuan pun seperti benih dalam kandungan ibunya ( UMNO ) yang masih belum nampak bentuk bayi.

Ada segelintir ahli kamu yang tidak bersetuju dengan perpaduan kamu dengan UMNO. Jadi, apa yang boleh saya nasihat, keluarlah puak kamu dari ISMA. Jangalah kamu bersekongkol dengan puak secular. Selagi mana kamu berpadu dengan puak secular selagi itulah matlamat kamu tidak akan berjaya iaitu menegakkan daulah islamiyah kononnya. Kamu ingat dengan perpaduan kamu sesame UMO kamu boleh mejadi da’i kepada mereka dan UMNO pula adalah mad’u kepada kamu. Silap sejuta silap. Pandangan kamu memang sungguh kabur dengan perancangan busuk UMNO / JPMK. UMNO lah yang akan mempergunakan kamu sebagai mad’u nya. Kamu sesekali tidak akan berjaya dengan UMNO kerana bila melihat dasar persatuan kamu memang seperti copy paste direct daripada dasar UMNO iaitu kemelayuan.

Isu ketuanan melayu ini adalah suatu yang amat mengarut dan tidak masuk akal. Kalau hendak diterangkan disini pasti berjela lagi penerangan saya. Prinsipnya mudah. Sayang Islam, sayang semua orang tidak kira bangsa dan negara. Jadi tidak perlulah kamu memprerjuangkan hak melayu sebaliknya perjuangkan hak islam. Realitinya, kalaulah kamu wahai ISMA memperjuangkan hak atau keistimewaan melayu seperti DEB sebenarnya kamu telah membunuh sendiri bangsa melayu di Malaysia. Sebagai contoh mari kita lihat kepada Dasar Ekonomi Baru atau nama barunya Dasar Pembangunan Negara (DPN). Rancangan ini telah dimulakan oleh bapa perdana menteri kita hari ini Tun razak dan diteruskan usahanya sehingga ke hari ini. Memang ternyata, rancangan ini telah melahirkan ramai melayu yang berjaya dari segenap bidang seperti doctor, jurutera hasil daripada peruntukan pelajran daripada JPA yang amat berat sebelah kepada kaum melayu. Tetapi, jikalau dilihat dengan skop yang lebih luas, DEB juga turut sama mebantutkan kaum melayu.

Kaum cina dan india ternyata memang ramai yang beroleh semua subjek A dalam SPM berbanding kaum melayu. Tetapi dengan adanya DEB, hak mereka untuk mendapatkan biasiswa diketepikan kerana bangsa melayu.Oleh itu, ramailah melayu walaupun mendapat keputusan rendah masih mampu mendapat biasiswa waima ibu bapanya kaya berbanding dengan orang cina dan india yang mempunyai keputusan yang lebih baik dan kehidupan yang daif. Amalah ini bukan sahaja pada mendapatkan hak pelajaran tetapi juga ia akan berterusan pada zaman bekerja nanti.

Rata – rata melayu selalu bergosip

“Kalau nak dapat jawatan best, kena ada kabel la.”

Inilah sikap melayu. Dari dulu sehingga sekarang bergantung harap pada kabel. Tiada usaha gigih untuk mendapatkan sesuatu yang bagus. Hanya dengan usaha sikit diuli sedikit dengan kabel yang mantap (UMNO ) maka sejahteralah hidup dengan duit. Adat ini akan menjadikan maleyu semakin malas dari hari ke hari.

Kalaulah dihapuskan kabel dan DEB pasti akan wujudnya persaingan yang lebih kuat diantara setiap kaum. Kaum melayu akan sama sama bersaing dengan kaum lain bagi mengejar suatu yang berharga. Bukanlah dengan hanya melepak lalu duit masuk. Sebab itulah kaum india dan cina senantiasa menjadi berjaya atau model dalam setiap bidang kerana mereka telah dibiasakan dengan hidup susah akibat daripada prinsip ketuanan melayu UMNO. Mereka tahu selok belok bersaing dalam ekonomi dan menjadikan mereka matang hasil dairpada kuatnya berfikir dan gigihnya usaha tanpa mengharapkan belas kasihan.

Kesimpulannya, saya harap puak ISMA dapat bertaubat sebelum kamu bersekongkol dalam UMNO untuk sama sama menjatuhkan dan melemahkan melayu, menindas kaum lain dan membuat kacau kepada persatuan yang sudah bertapak lama di Mesir ini, PMRAM. Kamu semua adalah agen pelembap kepada kemenangan Islam. Adalah lebih baik jika kamu sama – sama menolong PMRAM bukan mencuri adik baru atau membuat program yang bertembung dengan program PMRAM lain. Ini hanya akan mengeruhkan suasana akibat daripada pemikiran kamu yang semakin hari semakin pudar dan diganti dengan pemikiran secular

Wallahu ‘alam

0 comments

Post a Comment

wakakakakaka