Blogger : Gerakan Mansuh ISMA :: Configure Image
   
   

URL that clicking this image will link to (optional)
Image


 
Image will be shrunk to pixels wide.
 
ape

Pada awal lagi saya ingat malas nak mencemari dengan contengan nama-nama KeIsmaan di ruangan blog ini. Amat memalukan dan sangat pelik. Tetapi memandangkan masalah yang berlaku sangat keritikal hingga saat ini telah berlaku pentauzi'kan dengan cara lari-lari. Maka saya perlu tulis dan sampaikan.

Ya lah, pada pemikiran sesiapa pun dan saya sejak dulu bila datang Mesir mana ada pesatuan yang paksa-paksa, lari-lari, dan memang dah janji dari Malaysia lagi. Apabila sudah tiba di Mesir kena ikut mereka. Apa punya sikap ni?? Tidakkan memalukan kita bahawa, sikap keterbukaan Mahasiswa disempitkan bagaikan budak-budak, main lari-lari dan paksa.

Lebih elok dan harmoninya jika mereka ikut betul-betul prosedur yang telah disusun rapi oleh Badan Kebajikan Anak Negeri Masing-masing. Sedangkan pengurusanya tidak mengira apa-apa ideologi. Terpulang itu pemikiran masing-masing.

Apabila berlaku hal demikian, perspektif adik-adik baru akan menjadi buruk pada tindakan kalangan Mahasiswa Al-Azhar sebegini. Nampak senyum sampai ke telinga, rupa-rupanya ada udang disebalik mee.

Sungguh memalukan. Tidakan rebut-rebut, bawa lari. Cuba kita lihat, bukanlah DPMM atau mana-mana cawangan tidak boleh nak pergi rebut balik. Cumanya, memang sangat hodoh perangai cam ni.

Mansurah sendiri dapat dikenal pasti dah 3 orang ikhwah yang dibawa lari ke sini, tanpa ikut BKAN. Pelik bukan?

Hairan bin ajaib bin pelik,itulah ISMA.Berdasarkan cerita dari seorang sahabat,ISMA cuba mentauzi'kan pelajar akhawat selangor ke mansurah pada waktu dinihari sekitar jam 2.30 pagi tadi(5 November 2009).Kejadian yang disedari oleh ajkt hewi BKASM yang baru pulang dari ziarah sahabat-sahabat di tanta dan mansurah terkejut apabila mendapati ada beberapa orang akhawat ISMA cuba mengambil adik-adik baru untuk ditauzi'kan.

Dengan kekuatan anggota seramai 3 akhawat dan 2 ikhwah beserta sebuah van,mereka datang atas alasan ingin mengambil orang-orang mereka dan ingin mentauzi'kan sendiri mereka ke muhafazah.

Berdasarkan cerita yang disampaikan,tindakan mereka untuk mentauzi'kan sendiri rakan-rakan mereka ke muhafazah sebenarnya tidak diizinkan dan tidak dibenarkan oleh pegawai hal ehwal pelajar selangor.Dengan itu mereka mengambil tindakan untuk mengambil keluar adik-adik ini pada waktu malam,atas alasan adik-adik baru ini sendiri yang mahu mereka(ISMA) tolong tauzi'kan ke muhafazah.Mereka tidak mahu ditauzi'kan dengan USMB BKAN.

Setelah beberapa lama berbincang dan berbicara (4.30 pagi),akhirnya mereka terpaksa akur dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh beberapa orang ajk USMB yang ada disitu supaya mereka (ISMA) serahkan tanggungjawab untuk pentauzi'kan itu kepada USMB BKAN.Mereka pulang dengan nada yang kecewa kerana misi mereka tidak berjaya dan telah digagalkan oleh sahabat dan sahabiah yang mahukan hubungan ukhuwah sentiasa terjalin.

"satu fikrah satu amal"


# ini ke akhlak yang dibawa oleh isma,datang rumah orang tengah-tengah malam,pastu nak buat pasal pula...#

p/s: cubalah ikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pegawai...ini main nak sebat je...letih la macam ni kawan...

ISMA mengimani bahawa politik merupakan sebahagian daripada Islam, di mana menegakkan kerajaan dan pemerintahan Islam adalah satu kefardhuan. Fardhu-fardhu Islam tidak dapat ditegakkan sepenuhnya tanpa kuasa pemerintahan.


ISMA tidak memisahkan politik dengan dakwah, tetapi dakwah mempunyai marhalah dan setiap marhalah ada wasilah yang munasabah untuknya. Secara umumnya, tiga peringkat dakwah yang perlu dilalui ialah peringkat individu, jamaah/masyarakat dan kerajaan.



ULASAN:

Alhamdulillah. ISMA tidak menolak politik.


ISMA membezakan antara menegakkan politik Islam yang memerlukan sokongan masyarakat yang faham dan yakin dengan hukum Islam dengan politiking sekular yang saling menjatuhkan antara satu sama lain dengan apa cara sekali pun.


ULASAN: Macam PAS jer ayat ni. Politik itu kotor, tapi ISLAM lah yang membersihkan


Pada pandangan ISMA, masyarakat masa kini masih belum bersedia untuk menerima pemerintahan Islam. Kita boleh sampai kepada kuasa pemerintahan, tetapi kita mungkin tidak dapat melaksanakan Islam seperti yang sepatutnya.


Pada perhitungan ISMA, dalam konteks percaturan politik Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, mazhab politik dan ketamakan, maqasid syarak menuntut kita memastikan bahawa kuasa mesti sentiasa berada di tangan orang Islam sama ada adil atau fasiq, dan mesti memastikan komposisi Muslim di dalam Parlimen sentiasa dominan.


ULASAN: Mula menunjukkan matlamat ISMA tidak jelas. Mungkin sahaja pandangan dan perhitungan ISMA salah!


Oleh itu sifir ISMA berbeza, ISMA tidak melihat kemenangan Islam dengan semata-mata PAS mengalahkan UMNO, dengan apa suasana sekali pun. Kemenangan Pakatan Rakyat tidak semestinya membawa kita kepada pemerintahan Islam.


ULASAN: Dah la tidak yakin kemampuan PAS, malah menambahkan lagi beban PAS. Serta melambatkan kemenagan. PRESIDEN ISMA ni tidak mengetahui kot iqrar parti-parti PR tentang pemerintahan ISLAM di Malaysia sekiranya PR menguasai Malaysia.


Untuk menegakkan Islam memerlukan kekuatan, yang mana kekuatan yang paling utama ialah perpaduan Islam. Justeru itu bagi kami perpaduan umat Islam/Melayu adalah pra-syarat ke arah itu. Usah harap kita dapat tegakkan negara Islam kalau kita lemah dan berpecah-belah.


Oleh itu harus difahami bahawa ISMA tidak sekali-kali menolak politik atau memisahkan dakwah dengan politik, tetapi ISMA memikirkan pelaksanaannya dari luar kotak pemikiran orang kebanyakan.


ULASAN: Tau pula kalau nak tegakkan Islam perlukan kekuatan. Tapi ISMA buat perpecahan bukan Perpaduan ISLAM. Mungkin mereka buat PERPADUAN ISMA sahaja bukan PERPADUAN ISLAM.


Kenapa PERPADUAN UMAT ISLAM/MELAYU disebutkan. Dengki pula cina dan india serta bangsa-bangsa lain yang Islam. Nampak sangat nak membodek UMNO. Ke nak berjuang atas karpet merah wahai ISMA?


ISMA adalah sumber kelemahan dan perpecahan umat Islam di seluruh dunia. Mengaku kononnya Ikhwan Muslimin. Tapi kerja macam IKHWAN FASIQIN.


Baguslah kalau hang pa tak tolak politik. Adakah kenyataan ini ad ura-ura yang korang akan menubuhkan parti politik ISMA??

ISMA , NADI UMNO DAN JPMK saling memperkudakan antara satu sama lain. Masing-masing ada kepentingan diri sendiri untuk menaikan diri mereka. ISMA ada kepentingan terhadap JPMK dan NADI UMNO. Sebab itu ISMA baik dengan JPMK dan NADI UMNO.


NADI UMNO dan JPMK ada kepentingan untuk memperkudakan ISMA. Jadi sekarang kerjasama antara ISMA, NADI UMNO dan JPMK hanyalah untuk memperkudakan demi mendapat keuntungan.


ISMA kudakan NADI UMNO dan JPMK kerana mahukan kuasa dan peruntukan dari NADI UMNO dan JPMK. Manakala NADI UMNO dan JPMK kudakan ISMA kerana ISMA tidak seburuk NADI UMNO dikalangan mahasiswa.


Sekarang kita tunggu kuda siapa yang akan jatuh dahulu. ISMA kah atau NADI UMNO kah atau JPMK kah? Kita tunggu dan lihat. Pastinya yang lemah akan menjadi mangsa.

Kenapa kamu semua wahai umat ISMA mahu lagi bersekongkol dengan pegawai JPMK yang memang ternyata lagi ebrsuluh terang bahawa mereka semua ini adalah agen UMNO di Mesir ini. Kalau kamu lihat sendiri sahabat sekutu kamu iaitu Prof Jamil, berani sungguh dia menghapuskan sunnah nabi dengan membatalkan program kutub sittah lalu mencemarkan sendiri nama PMRAM. Bukankah matlamat ISMA hendak menaikkan Islam di dunia ini sedangkan diri kamu masih tercalit dengan kotoran UMNO yang menjadi parasit pada persatuan kamu.

Sedih saya melihat ISMA. Dengar cerita kamu semua dikambinghitamkan oleh agen UMNO iaitu JPMK. Disebabkan JPMK tidak diterima dan ditentang oleh sekalian mahasiswa mesir sini maka pihak JPMK telah menggunakan ISMA untuk menarik semula sokongan kepada golongan mahasiswa. Seperti mana ISMA mahukan PERUBATAN begitu juga UMNO mahukan suatu persatuan yang bersih namanya iaitu ISMA untuk melakukan aktiviti lalu menarik sokongan kepada mereka. Walizalik, JPMK sanggup megeluarkan sejulmlah dana besar untuk sebarang program ISMA seperti jaulah ke matruh siwa baru ini. Macam macam kamu boleh melaksanakan program begitu besar sedangkan usia persatuan pun seperti benih dalam kandungan ibunya ( UMNO ) yang masih belum nampak bentuk bayi.

Ada segelintir ahli kamu yang tidak bersetuju dengan perpaduan kamu dengan UMNO. Jadi, apa yang boleh saya nasihat, keluarlah puak kamu dari ISMA. Jangalah kamu bersekongkol dengan puak secular. Selagi mana kamu berpadu dengan puak secular selagi itulah matlamat kamu tidak akan berjaya iaitu menegakkan daulah islamiyah kononnya. Kamu ingat dengan perpaduan kamu sesame UMO kamu boleh mejadi da’i kepada mereka dan UMNO pula adalah mad’u kepada kamu. Silap sejuta silap. Pandangan kamu memang sungguh kabur dengan perancangan busuk UMNO / JPMK. UMNO lah yang akan mempergunakan kamu sebagai mad’u nya. Kamu sesekali tidak akan berjaya dengan UMNO kerana bila melihat dasar persatuan kamu memang seperti copy paste direct daripada dasar UMNO iaitu kemelayuan.

Isu ketuanan melayu ini adalah suatu yang amat mengarut dan tidak masuk akal. Kalau hendak diterangkan disini pasti berjela lagi penerangan saya. Prinsipnya mudah. Sayang Islam, sayang semua orang tidak kira bangsa dan negara. Jadi tidak perlulah kamu memprerjuangkan hak melayu sebaliknya perjuangkan hak islam. Realitinya, kalaulah kamu wahai ISMA memperjuangkan hak atau keistimewaan melayu seperti DEB sebenarnya kamu telah membunuh sendiri bangsa melayu di Malaysia. Sebagai contoh mari kita lihat kepada Dasar Ekonomi Baru atau nama barunya Dasar Pembangunan Negara (DPN). Rancangan ini telah dimulakan oleh bapa perdana menteri kita hari ini Tun razak dan diteruskan usahanya sehingga ke hari ini. Memang ternyata, rancangan ini telah melahirkan ramai melayu yang berjaya dari segenap bidang seperti doctor, jurutera hasil daripada peruntukan pelajran daripada JPA yang amat berat sebelah kepada kaum melayu. Tetapi, jikalau dilihat dengan skop yang lebih luas, DEB juga turut sama mebantutkan kaum melayu.

Kaum cina dan india ternyata memang ramai yang beroleh semua subjek A dalam SPM berbanding kaum melayu. Tetapi dengan adanya DEB, hak mereka untuk mendapatkan biasiswa diketepikan kerana bangsa melayu.Oleh itu, ramailah melayu walaupun mendapat keputusan rendah masih mampu mendapat biasiswa waima ibu bapanya kaya berbanding dengan orang cina dan india yang mempunyai keputusan yang lebih baik dan kehidupan yang daif. Amalah ini bukan sahaja pada mendapatkan hak pelajaran tetapi juga ia akan berterusan pada zaman bekerja nanti.

Rata – rata melayu selalu bergosip

“Kalau nak dapat jawatan best, kena ada kabel la.”

Inilah sikap melayu. Dari dulu sehingga sekarang bergantung harap pada kabel. Tiada usaha gigih untuk mendapatkan sesuatu yang bagus. Hanya dengan usaha sikit diuli sedikit dengan kabel yang mantap (UMNO ) maka sejahteralah hidup dengan duit. Adat ini akan menjadikan maleyu semakin malas dari hari ke hari.

Kalaulah dihapuskan kabel dan DEB pasti akan wujudnya persaingan yang lebih kuat diantara setiap kaum. Kaum melayu akan sama sama bersaing dengan kaum lain bagi mengejar suatu yang berharga. Bukanlah dengan hanya melepak lalu duit masuk. Sebab itulah kaum india dan cina senantiasa menjadi berjaya atau model dalam setiap bidang kerana mereka telah dibiasakan dengan hidup susah akibat daripada prinsip ketuanan melayu UMNO. Mereka tahu selok belok bersaing dalam ekonomi dan menjadikan mereka matang hasil dairpada kuatnya berfikir dan gigihnya usaha tanpa mengharapkan belas kasihan.

Kesimpulannya, saya harap puak ISMA dapat bertaubat sebelum kamu bersekongkol dalam UMNO untuk sama sama menjatuhkan dan melemahkan melayu, menindas kaum lain dan membuat kacau kepada persatuan yang sudah bertapak lama di Mesir ini, PMRAM. Kamu semua adalah agen pelembap kepada kemenangan Islam. Adalah lebih baik jika kamu sama – sama menolong PMRAM bukan mencuri adik baru atau membuat program yang bertembung dengan program PMRAM lain. Ini hanya akan mengeruhkan suasana akibat daripada pemikiran kamu yang semakin hari semakin pudar dan diganti dengan pemikiran secular

Wallahu ‘alam

Perjuangan Islam ialah perjuangan memartabatkan Melayu dan perjuangan Melayu ialah untuk menjadi bangsa tonggak dalam perlaksanaan Islam di negara ini bahkan di rantau ini. http://ismaweb.net/v3/index.php?module=Content&func=view&pid=4

Sejak bila pula perjuangan Islam memartabatkan melayu?

"Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah[611] dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah[612]. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan."
[612]. Maksudnya: Menurut An-Nasafi dan Al-Maraghi, tegaknya agama Islam dan sirnanya agama-agama yang batil. ( 8 : 39 )

Agama Islam milik orang islam yang berbagai kaum :

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. " ( Al-Hujuraat : 13 )

Ustaz Mahmud al-Bardawi berkata di dalam kajiannya:
“Perlantikan seseorang pemimpin ke atas satu satu kumpulan bukanlah beasaskan sistem Islam semata-mata. Sesungguhnya bagi setiap kabilah ada pemimpinnya dan bagi suku kabilah ada pemimpinnya”. http://ismaweb.net/v3/index.php?module=Content&func=view&pid=4


Forum tersebut memfokuskan kepada permasalahan umat Islam di Malaysia pada ketika ini, yang mana ISMA memberi pandangan bahawa bangsa Melayu terlebih dahulu perlu disatukan tanpa mengira parti agar umat Islam dapat dibela http://ismaweb.net/v2/Article1254.html


Memberi contoh gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Ustaz Abdullah mengatakan bahawa ahli gerakan tersebut dipenjarakan setiap hari, diseksa dan dibunuh, namun tetap kekal dalam tema perjuangan ”Islam Adalah Penyelesaian” tanpa terdorong untuk menuruti arus demokrasi yang lebih. Oleh itu, beliau berkata ISMA akan komited dalam mendidik masyarakat Muslim khususnya Melayu untuk kembali kepada ajaran Islam terlebih dahulu kerana inilah yang akan menjamin kejayaan yang hakiki
http://ismaweb.net/v2/Article1254.html

wakakakakaka