ULASAN: Pendirian ISMA terhadap politik

Posted by isma Monday, November 2, 2009

ISMA mengimani bahawa politik merupakan sebahagian daripada Islam, di mana menegakkan kerajaan dan pemerintahan Islam adalah satu kefardhuan. Fardhu-fardhu Islam tidak dapat ditegakkan sepenuhnya tanpa kuasa pemerintahan.


ISMA tidak memisahkan politik dengan dakwah, tetapi dakwah mempunyai marhalah dan setiap marhalah ada wasilah yang munasabah untuknya. Secara umumnya, tiga peringkat dakwah yang perlu dilalui ialah peringkat individu, jamaah/masyarakat dan kerajaan.



ULASAN:

Alhamdulillah. ISMA tidak menolak politik.


ISMA membezakan antara menegakkan politik Islam yang memerlukan sokongan masyarakat yang faham dan yakin dengan hukum Islam dengan politiking sekular yang saling menjatuhkan antara satu sama lain dengan apa cara sekali pun.


ULASAN: Macam PAS jer ayat ni. Politik itu kotor, tapi ISLAM lah yang membersihkan


Pada pandangan ISMA, masyarakat masa kini masih belum bersedia untuk menerima pemerintahan Islam. Kita boleh sampai kepada kuasa pemerintahan, tetapi kita mungkin tidak dapat melaksanakan Islam seperti yang sepatutnya.


Pada perhitungan ISMA, dalam konteks percaturan politik Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, mazhab politik dan ketamakan, maqasid syarak menuntut kita memastikan bahawa kuasa mesti sentiasa berada di tangan orang Islam sama ada adil atau fasiq, dan mesti memastikan komposisi Muslim di dalam Parlimen sentiasa dominan.


ULASAN: Mula menunjukkan matlamat ISMA tidak jelas. Mungkin sahaja pandangan dan perhitungan ISMA salah!


Oleh itu sifir ISMA berbeza, ISMA tidak melihat kemenangan Islam dengan semata-mata PAS mengalahkan UMNO, dengan apa suasana sekali pun. Kemenangan Pakatan Rakyat tidak semestinya membawa kita kepada pemerintahan Islam.


ULASAN: Dah la tidak yakin kemampuan PAS, malah menambahkan lagi beban PAS. Serta melambatkan kemenagan. PRESIDEN ISMA ni tidak mengetahui kot iqrar parti-parti PR tentang pemerintahan ISLAM di Malaysia sekiranya PR menguasai Malaysia.


Untuk menegakkan Islam memerlukan kekuatan, yang mana kekuatan yang paling utama ialah perpaduan Islam. Justeru itu bagi kami perpaduan umat Islam/Melayu adalah pra-syarat ke arah itu. Usah harap kita dapat tegakkan negara Islam kalau kita lemah dan berpecah-belah.


Oleh itu harus difahami bahawa ISMA tidak sekali-kali menolak politik atau memisahkan dakwah dengan politik, tetapi ISMA memikirkan pelaksanaannya dari luar kotak pemikiran orang kebanyakan.


ULASAN: Tau pula kalau nak tegakkan Islam perlukan kekuatan. Tapi ISMA buat perpecahan bukan Perpaduan ISLAM. Mungkin mereka buat PERPADUAN ISMA sahaja bukan PERPADUAN ISLAM.


Kenapa PERPADUAN UMAT ISLAM/MELAYU disebutkan. Dengki pula cina dan india serta bangsa-bangsa lain yang Islam. Nampak sangat nak membodek UMNO. Ke nak berjuang atas karpet merah wahai ISMA?


ISMA adalah sumber kelemahan dan perpecahan umat Islam di seluruh dunia. Mengaku kononnya Ikhwan Muslimin. Tapi kerja macam IKHWAN FASIQIN.


Baguslah kalau hang pa tak tolak politik. Adakah kenyataan ini ad ura-ura yang korang akan menubuhkan parti politik ISMA??

0 comments

Post a Comment

wakakakakaka